Monday 6 December 2010

Salam Maal Hijrah


Bismillah
setelah seminggu tidak dikemaskini blog ini akhirnya timbul keperluan dan desakan dalam diri untuk menyampaikan dan memberi kerana hidup ini adalah seluruhnya milik Allah jua.

Berapa banyak kita mampu habiskan masa untuk Allah dan yang pasti masa kita untuk diri pasti lebih banyak.

Islam itu cara hidup

Islam bukanlah sekadar agama. Ia adalah cara hidup kita, maka beruntunglah bagi sesiapa yang dapat menggunakan masa sebanyak mungkin mengingati dan melaksanakan sesuatu pekerjaan kerana Allah.

Tahun Baru, Azam Baru,
Semua sudah sedia maklum bahawa tahun baru pasti kita akan bercakap tentang azam baru. Biarlah hari ini peringatan bukan untuk melaksanakan @ memulakan sesuatu yang baru tetapi istiqamah dengan tindakan harian kita yang mahmudah.

Jika ingin lakukan perubahan tidak perlu menunggu tibanya Muharram @ Januari kerana mungkin ia tidak kesampaian.Perubahan yang dilakukan perlu serta-merta kerana kita akan lebih bersemangat dek kerana semangat perubahan itu masih tebal,kuat dan kita sangat ingin berubah ketika itu. Sebagai contoh belajar, pada ketika semangat untuk belajar datang maka kita mampu menghabiskan 2-3 latihan serentak tapi apabila kita menangguhkan kerja kita, kita tak mungkin mampu capai seperti mana semasa kita bersemangat tadi.

Begitu juga taubat. Taubat perlu dilakukan segera, jika bertangguh hati yang terpanggil dengan nur hidayah mungkin akan kusam dan kelam kembali. Jawapan perlu ditunjukkan dengan tindakan iaitu tinggalkan dosa kita serta merta dan berusaha untuk tidak ulangi dosa itu lagi sedaya mungkin.

Meninggalkan dosa sebagai contoh jika kita melewat-lewatkan solat kerana menonton kartun maka ketika masuk waktunya maka segera bangun jangan ditangguh " ermmm, tunggu iklanlah dulu".


Mujahadah : Jihad utama
Mujahadah iaitu konsisten dengan amar maaruf nahi mungkar dalam diri.
Sabarlah dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya
Keikhlasan melaksanakan dan meninggalkan suruhanNya bukan mudah untuk dicapai.
ungkapan yang mudah iaitu "Paksa Rela". Mula-mula hati kita perlu dipaksa ke arah kebaikan dan insyAllah, lama-kelamaan ia akan rela. Nafsu kita adalah ibarat kuda liar untuk menjinakkannya maka kita laparkan ia, dan paksa ia terima makanan daripada tangan kita supaya ia jinak terhadap kita.

Setahun makin berusia
selangkah menuju kematangan.
tahun lepas dunia puas ku terokai
begitu jua dengan tahun yang mendatang
Moga dunia yang diterokai bukan fatamorgana yang menipu
tetapi jambatan penghubung cinta pada Yang Satu

No comments: