Monday 6 December 2010

2 minggu yang berbeza


Bismillah

setelah 2 minggu mengikuti Kursus Post-Graduate Diploma in Education (PGDE) cukup banyak input-input baru yang diperolehi.Bukanlah untuk bercerita tentang input formal tetapi input tidak formal. Input yang berlaku secara tidak langsung.

Memang benar, guru itu adalah orang yang wajib dihormati. Perbezaan pandangan adalah perkara yang sewajarnya diraikan namun untuk bersifat neutral cukup sukar. Sukar menafikan perasaan dalaman yang ingin memberontak tetapi dakwah itu cukup penting. Mengajak dan mendidik adalah lebih utama. Tersilap langkah maka kadang-kala "persatuan" yang mendapat nama.

Persepsi yang terbina.
Bukan mudah untuk mengubah persepsi yang kadang-kala sudah tidak wujud. Pandangan yang sesetengah ahli akademik bahawa masih wujud ulama @ ustaz-ustaz yang mengatakan bahawa ilmu matematik, sains dan lain-lain ilmu yang datang daripada barat adalah sekular. Dan dokrin ini masih dipupuk dikalangan pendengarnya sehingga ke hari ini sedangkan pandangan yang mereka pegang itu mungkin pegangan ustaz-ustaz mereka 30-40 tahun yang lalu. Seingat usia ini tidak pernah didengar daripada sejak bangku sekolah rendah lagi bahawa ilmu tersebut adalah ilmu sekular. Bahkan tok-tok guru seperti Prof. Dr. Harun Din juga menerima kepentingan ilmu-ilmu ini. Malah jika kita tanya para ustaz dimana pondok pun. InsyAllah mereka faham kepentingan ilmu-ilmu ini.
Andai masih wujud pandangan ini maka ia bukanlah kerana lemahnya atau kurangnya Islam tetapi atas kerana lemahnya kita yang masih gagal memahami konsep Ilmu sebenar.

Cabang Jihad moden.
Membetulkan persepsi dengan tindakan, tingkahlaku, idea dan pertuturan semasa menyatakan pandangan dan pendapat cukup penting. Membina paradigma baru bahawa "persatuan" kita ini menerima kepentingan ilmu-ilmu ini bahkan bersifat terbuka pada tempatnya dan bersedia untuk berhujah secara rasional dan tidak pernah menganggap kita dan "persatuan" kita sempurna - sesempurna Islam. Namun kita yakin kita benar kerana kita berpegang pada prinsip Islam.

Bertolak -ansur
Seringkali hujah-hujah nakal diberikan bahawa kita perlu menolak perbezaan dan mencari persamaan dan kita jangan terlalu ingin menegakkan prinsip yang kita julang serta jangan mencari kesalahan orang.Kita jangan asyik bergaduh, berhujah dan mengaggap diri kita betul.





Beberapa lontaran yang ingin diajukan

1) Islam telah cuba memahami setiap maslahah individu namun adakah kita cuba fahami dan meletakkan Islam seadanya.

2) Islam telah cuba berdakwah selembutnya namun adakah kita mendakwahkan diri kita dengan Islam sebanyaknya.

3) Islam telah berikan ruang dan peluang kefahaman seluasnya namun adakah kita cuba memahami Islam seluruhnya.

4) Islam juga telah menyediakan jawapan setepatnya namun adakah kita mencari jawapannya dan bersedia menerima jawapan sekiranya bertentangan dengan pegangan kita sebenar-benarnya.

Kita perlu bersedia mentarbiyyah dan berhujah dengan diri. Kita BUKAN BERHUJAH UNTUK MENANG tetapi UNTUK MENCARI JAWAPAN. Dan apabila kita telah bertemu dengan jawapan yang betul kita patut menurut jawapan itu bukannya mencari alasan lain lagi.
Moga Allah mudahkan urusan kita.

No comments: