Erti Hidup Sebagai Hamba. Hiduplah seolah-olah hari ini hari terakhir kita di dunia.
Thursday, 23 December 2010
Muhasabah Final SEM 2 (2010)
Sekadar untuk berkongsi bukan untuk melemahkan tetapi yang pasti PAHIT ITU UBAT
Sekiranya gred matematik dan TPNG anda semua lebih rendah daripada purata gred dan PNG pelajar lain bermakna anda kurang berusaha sebagaimana pelajar lain.
Jika telah berusaha namun masih belum mencapai impian anda InsyAllah kejayaan yang manis datang menyusul
Ingat anda pelajar terpilih, cuma sikap yang membezakan orang yang berjaya dengan gagal.
Alasan boleh dicipta tetapi hasilnya yang menentukan segala.
Anda boleh menipu orang lain tetapi anda lebih maklum
Jangan putus asa dan yakin pada diri.
Allah pasti bersama
CITA-CITA = IMPIAN + USAHA
ANGAN-ANGAN = IMPIAN + O
Berikut merupakan analisis bagi Subjek matematik dan PNG keseluruhan pelajar
Pencapaian subjek matematik tingkatan 2 adalah seperti berikut
Bil A : 65 orang bersamaan 28 %
Bil B : 52 orang bersamaan 22.4 %
Bil C : 64 orang bersamaan 27.6 %
Bil D : 39 orang bersamaan 16.8 %
Bil E : 12 orang bersamaan 5.2 %
Keseluruhan Gred purata sekolah (GPS) untuk subjek matematik adalah 2.487
Meletakkan MRSM TAR ditangga ke 15 daripada 39 MRSM bagi subjek matematik
dengan MRSM Transkrian ditangga pertama dengan GPS 1.709
Manakala pencapaian subjek matematik tingkatan 1 adalah seperti berikut
Bil A : 58 orang bersamaan 51.3 %
Bil B : 28 orang bersamaan 24.8 %
Bil C : 23 orang bersamaan 20.4 %
Bil D : 04 orang bersamaan 3.5 %
Bil E : 0 orang bersamaan 0.0 %
Keseluruhan Gred purata sekolah (GPS) untuk subjek matematik adalah 1.761
Meletakkan MRSM TAR ditangga ke 1 daripada 41 MRSM bagi subjek matematik
Manakala keputusan PNG bagi bagi :
tingkatan 2
bil 4.00 : o orang dengan peratusan 0%
bil 3.5 - 3.99 : 99 orang dengan peratusan 42.7 %
bil 3.0 - 3.49 : 101 orang dengan peratusan 43.5 %
purata keseluruhan adalah 3.385
tingkatan 1
bil 4.00 : 3 orang dengan peratusan 2.7 %
bil 3.5 - 3.99 : 56 orang dengan peratusan 49.6 %
bil 3.0 - 3.49 : 40 orang dengan peratusan 35.4 %
purata keseluruhan adalah 3.442
maka fikir-fikirkanlah dimana kedudukan anda.
Ingat orang berdisiplin orang yang soleh
orang yang soleh InsyAllah akan dipermudahkan urusannya.
PMR 2010
Kejayaan datang dan pergi tapi paling utama usaha ke arah kejayaan.
Falsafahnya belajar untuk berjaya cemerlang penting tetapi jalan yang ditempuh untuk berjaya lebih penting.
Jalan masih jauh tetapi masa tetap bergerak.
Untuk CEMERLANG perlu ada KEHENDAK
Jika Kehendak tanpa USAHA maka ia hanyalah ANGAN-ANGAN
Kehendak + Usaha maka ia menjadi CITA-CITA
Artikel dari BERNAMA 30,863 Calon PMR 2010 Dapat Semua A
PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) — Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.
“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini Khamis.
Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.
Abdul Ghafar berkata bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.
Nilai GPN calon luar bandar adalah 2.97 berbanding 2.93 manakala calon bandar mencatat nilai GPN daripada 2.68 kepada 2.65, bermakna jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin rapat, katanya.
Abdul Ghafar berkata pencapaian calon “istimewa” pada tahun ini secara keseluruhannya menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lepas, walaupun jumlah yang menduduki peperiksaan bertambah daripada 1,188 kepada 1,345 orang.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai lima pelajar berjaya mendapat semua A, berbanding tujuh tahun lepas manakala 146 pelajar melepasi tahap minimum berbanding 161 sebelumnya.
Abdul Ghafar berkata enam mata pelajaran menunjukkan kenaikan signifikan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2010 berbanding tahun lepas, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Pertanian.
Bagi mata pelajaran Pendidikan Kesenian yang merupakan tahun kedua diperkenalkan dalam peperiksaan PMR, Bidang Tari menunjukkan pencapaian tertinggi daripada segi peratusan bilangan memperoleh Band 4 (pencapaian tertinggi), diikuti Teater, Muzik dan Seni Visual.
Wednesday, 15 December 2010
MRSM Pekan.......seribu erti

Saturday, 11 December 2010
MRSM Pekan : tahniah dan takziah

Khas buat semua yang makin dewasa
Friday, 10 December 2010
MRSM Pekan
Mengajar VS Mendidik
Mendidik memberikan inspirasi, menjana kualiti terpendam, menyantuni, menjadi Qudwah hasanah, membetulkan yang tidak betul, menyatakan yang hak dan yang batil, memberikan sepenuh jiwa raga dan senarainya cukup panjang.
Pendidik jua harus betulkan diri,
moga pelajar MRSM Pekan tahun depan akan menjadi pelajar yang soleh, berakhlak mulia, kerana insyAllah dengan itu semua maka kejayaan pasti akan tercapai.
Katakan tidak
orang berakhlak tidak akan melakukan kesalahan disiplin,
tidak akan juga melanggar peraturan walaupun ber"sandel" semasa prep petang,
tidak juga akan ponteng prep,
tidak akan sibuk bercouple ataupun melayan perasaan syok pada seseorang,
orang berakhlak tidak akan lambat ke kelas,
Maka jadilah pelajar yang berakhlak.
Moga belajar ini menjadi medan buat kita menambah pahala
Amin
Monday, 6 December 2010
2 minggu yang berbeza

Kehidupan
yang sentiasa bertarung dengan kehidupan
yang mengancam cinta hamba pada Rabbnya
moga cinta kita terus-terusan untukNya
Salam Maal Hijrah

Bismillah
setelah seminggu tidak dikemaskini blog ini akhirnya timbul keperluan dan desakan dalam diri untuk menyampaikan dan memberi kerana hidup ini adalah seluruhnya milik Allah jua.
Berapa banyak kita mampu habiskan masa untuk Allah dan yang pasti masa kita untuk diri pasti lebih banyak.
Islam itu cara hidup
Islam bukanlah sekadar agama. Ia adalah cara hidup kita, maka beruntunglah bagi sesiapa yang dapat menggunakan masa sebanyak mungkin mengingati dan melaksanakan sesuatu pekerjaan kerana Allah.
Tahun Baru, Azam Baru,
Semua sudah sedia maklum bahawa tahun baru pasti kita akan bercakap tentang azam baru. Biarlah hari ini peringatan bukan untuk melaksanakan @ memulakan sesuatu yang baru tetapi istiqamah dengan tindakan harian kita yang mahmudah.
Jika ingin lakukan perubahan tidak perlu menunggu tibanya Muharram @ Januari kerana mungkin ia tidak kesampaian.Perubahan yang dilakukan perlu serta-merta kerana kita akan lebih bersemangat dek kerana semangat perubahan itu masih tebal,kuat dan kita sangat ingin berubah ketika itu. Sebagai contoh belajar, pada ketika semangat untuk belajar datang maka kita mampu menghabiskan 2-3 latihan serentak tapi apabila kita menangguhkan kerja kita, kita tak mungkin mampu capai seperti mana semasa kita bersemangat tadi.
Begitu juga taubat. Taubat perlu dilakukan segera, jika bertangguh hati yang terpanggil dengan nur hidayah mungkin akan kusam dan kelam kembali. Jawapan perlu ditunjukkan dengan tindakan iaitu tinggalkan dosa kita serta merta dan berusaha untuk tidak ulangi dosa itu lagi sedaya mungkin.
Meninggalkan dosa sebagai contoh jika kita melewat-lewatkan solat kerana menonton kartun maka ketika masuk waktunya maka segera bangun jangan ditangguh " ermmm, tunggu iklanlah dulu".
Mujahadah : Jihad utama
Mujahadah iaitu konsisten dengan amar maaruf nahi mungkar dalam diri.
Sabarlah dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya
Keikhlasan melaksanakan dan meninggalkan suruhanNya bukan mudah untuk dicapai.
ungkapan yang mudah iaitu "Paksa Rela". Mula-mula hati kita perlu dipaksa ke arah kebaikan dan insyAllah, lama-kelamaan ia akan rela. Nafsu kita adalah ibarat kuda liar untuk menjinakkannya maka kita laparkan ia, dan paksa ia terima makanan daripada tangan kita supaya ia jinak terhadap kita.
Setahun makin berusia
selangkah menuju kematangan.
tahun lepas dunia puas ku terokai
begitu jua dengan tahun yang mendatang
Moga dunia yang diterokai bukan fatamorgana yang menipu
tetapi jambatan penghubung cinta pada Yang Satu
Saturday, 27 November 2010
Hidup untuk makan vs hidup untuk belajar
Makan untuk hidup : makan menjadi satu keperluan yang WAJIB dibuat untuk meneruskan kehidupan.
hidup untuk makan : makan menjadi agenda utama semasa hidup.
antara kedua-dua ayat tersebut pasti kita akan menjawab ayat pertama apabila disoal mana yang betul. Tapi sekiranya kita ubah perkataan makan dengan belajar iaitu belajar untuk hidup dan hidup untuk belajar maka yang menjadi pilihan kita.
Ilmu pelita hidup.
Kita semua sedia maklum bahawa Ilmu amat penting dalam kehidupan kita. Pelajaranlah yang harus menjadi menjadi keutamaan dalam hidup. Tanpa ilmu maka kita akan terus jahil daripada mengetahui mana yang hak dan mana yang batil. Hidup ini adalah berkaitan membuat plihan yang betul. Kadang-kadang kita terkeliru, kita membuat pilihan dan kita mengatakan pilihan kita betul berdasarkan fikiran kita semata. Ia bukanlah semudah itu. Jika kita nak membeli sesuatu kita pasti tanya pada sahabat kita yang "expert" dariapad kita kerana InsyAllah dia lebih mengetahui selok-beloknya. Begitu juga dalam kehidupan. Soalnya pada siapa kita harus merujuk. Untuk hidup pasti kita kena merujuk Allah kerana Dia yang paling "expert" tentang kita. Apa yang kita perlu, apa yang kita boleh pakai, apa yang kita tidak boleh pakai.
Belajar untuk hidup vs Hidup untuk belajar.
Belajar untuk hidup : kita perlukan pelajaran untuk meneruskan kehidupan. Tetapi setelah kita merasakan keperluan hidup kita mencukupi maka kita akan hentikan proses pendidikan dalam diri kita. Konsep Life Long Learning tidak jadi amalan. Umur maksimum mungkin untuk kita tuntut Ilmu adalah 25 tahun. Pensyarah atau guru yang menuntut ilmu setiap hari mungkin menuntut ilmu tersebut kerana mereka perlukan ilmu tersebut untuk menagajar iaitu sebagai punca rezeki dengan kata lain untuk hidup juga.
Hidup untuk belajar : Belajar menjadi agenda utama kehidupan. Sebagai Hamba yang lemah, kita punay kelemahan, kadang-kala ibadah yang telah kita lakukan berpuluh tahun ada cacat-celanya. Maka inilah proses penting. Setiap hari dalam hidup kita, kita mesti belajar sesuatu. MenTARBIYYAH diri iaitu membetulkan apa yang silap pada diri kita agar kita terjamin dunia dan akhirat.
Makan untuk Hidup vs Hidup untuk belajar.
Hari-hari yang mendatang dalam kehidupan haruslah indah. Kita makan kerana memenuhi keperluan hidup kita belajar bukan sekadar memenuhi keperluan hidup tetapi untuk menajdi HAMBA yang terbaik.
Kepada para student yang tengah sibuk "pulun" homework ingatlah dalam belajar sesuatu ilmu sebenarnya kita sedang diajar untuk hidup.
InsyAllah.
Friday, 26 November 2010
Alhamdulillah
Dengan izin Allah maka diberikan kelapangan dan idea untuk membina Blog ini sebagai wadah penghubung semua student MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
Maka dalam kalam awal ini, insyaAllah mungkin ia boleh dijadikan satu "test market" untuk melihat sejauh mana student MRSM TAR berminat dengan blog sebegini.
tunjukkan support anda dan sila lah berikan cadangan dan komen-komen membina yang boleh membantu kita semua di dunia dan akhirat. Moga semasa kita layari internet juga ia mampu tambahkan pahala kita dan jauhkan kita daripada dosa.